Wednesday, June 29, 2016

Waktu Terbaik Untuk Format Laptop/PC

Salam Ramadhan !!!


APAKAH ITU FORMAT ??

Format komputer merupakan satu cara tertentu bahawa maklumat dikodkan untuk simpanan dalam fail computer dan ia juga merupakan satu proses yang akan menghapuskan data dan mengimbas sektor yang rosak di dalam hard disk. Ia juga tidak akan memasukkan data ke dalam sektor yang rosak apabila sistem operasi baru dipasang.




Terdapat dua jenis format yang biasa dibuat iaitu: -

     a.       Fail dokumen - untuk menyimpan dokumen pada media penyimpanan, terutamanya untuk digunakan oleh computer
       b.      Fail audio - untuk menyimpan data audio digital pada sistem computer

     WAKTU TERBAIK FORMAT KOMPUTER/LAPTOP

Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba pelbagai cara untuk menjalankan semula sistem komputer tetapi ia masih bermasalah. Apabila ini berlaku, memformat komputer merupakan cara yang boleh membantu.

Berikut adalah waktu terbaik untuk anda format laptop :

1) Semasa laptop diserang virus (virus attack)

Kadang-kadang secara sedar atau tidak, memang anda dah padam virus yang menyerang laptop anda (menggunakan pelbagai jenis anti-virus), akan tetapi sisa-sisa jangkitan virus tersebut boleh menyebabkan laptop anda jadi lambat dan prestasi yang semakin menurun.

2) Data susah nak dihapuskan

Perasan atau tidak, ramai pengguna tidak menyedari bahawa laptop mereka dipenuhi dengan data yang tidak diperlukan (seperti perisian, biasanya ini akan terjadi bila anda tengah nak install software yang di'download' terus dari internet. Pastikan anda 'unclick' pada tawaran untuk install software yang lain / tidak diperlukan). Inilah antara punca laptop anda jadi 'hang'. Dan yang paling teruk, data-data yang tidak diperlukan tadi amat sukar untuk dihapuskan.

3) Nak upgrade sistem operasi sedia ada

Sebagai contoh, laptop anda masih menggunakan sistem operasi Windows XP, namun dengan perkembangan teknologi sekarang,  Microsoft kini banyak menghasilkan sistem operasi yang terkini seperti Windows Vista, 7, 8 dan yang terkini Windows 10. Sudah semestinya anda nak upgrade kepada sistem operasi yang lebih terkini sejajar dengan perisian yang mungkin akan compatible dengan Windows baru ini seperti Microsoft Office 2016. Hal ini memerlukan untuk anda format laptop. Tapi pastikan laptop anda memenuhi spesifikasi sistem operasi yang baru bagi mengelakkan sebarang masalah selepas anda menformat.




Hubungi kami untuk format komputer/laptop: 



HP :       019-524 2137
Email :   mesradamai@gmail.com

Alamat : CC Kedai Payung, Selama, Perak



----- Buka 11.00 pagi hingga 7.00 petang ------