Wednesday, June 29, 2016

Waktu Terbaik Untuk Format Laptop/PC

Salam Ramadhan !!!


APAKAH ITU FORMAT ??

Format komputer merupakan satu cara tertentu bahawa maklumat dikodkan untuk simpanan dalam fail computer dan ia juga merupakan satu proses yang akan menghapuskan data dan mengimbas sektor yang rosak di dalam hard disk. Ia juga tidak akan memasukkan data ke dalam sektor yang rosak apabila sistem operasi baru dipasang.




Terdapat dua jenis format yang biasa dibuat iaitu: -

     a.       Fail dokumen - untuk menyimpan dokumen pada media penyimpanan, terutamanya untuk digunakan oleh computer
       b.      Fail audio - untuk menyimpan data audio digital pada sistem computer

     WAKTU TERBAIK FORMAT KOMPUTER/LAPTOP

Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba pelbagai cara untuk menjalankan semula sistem komputer tetapi ia masih bermasalah. Apabila ini berlaku, memformat komputer merupakan cara yang boleh membantu.

Berikut adalah waktu terbaik untuk anda format laptop :

1) Semasa laptop diserang virus (virus attack)

Kadang-kadang secara sedar atau tidak, memang anda dah padam virus yang menyerang laptop anda (menggunakan pelbagai jenis anti-virus), akan tetapi sisa-sisa jangkitan virus tersebut boleh menyebabkan laptop anda jadi lambat dan prestasi yang semakin menurun.

2) Data susah nak dihapuskan

Perasan atau tidak, ramai pengguna tidak menyedari bahawa laptop mereka dipenuhi dengan data yang tidak diperlukan (seperti perisian, biasanya ini akan terjadi bila anda tengah nak install software yang di'download' terus dari internet. Pastikan anda 'unclick' pada tawaran untuk install software yang lain / tidak diperlukan). Inilah antara punca laptop anda jadi 'hang'. Dan yang paling teruk, data-data yang tidak diperlukan tadi amat sukar untuk dihapuskan.

3) Nak upgrade sistem operasi sedia ada

Sebagai contoh, laptop anda masih menggunakan sistem operasi Windows XP, namun dengan perkembangan teknologi sekarang,  Microsoft kini banyak menghasilkan sistem operasi yang terkini seperti Windows Vista, 7, 8 dan yang terkini Windows 10. Sudah semestinya anda nak upgrade kepada sistem operasi yang lebih terkini sejajar dengan perisian yang mungkin akan compatible dengan Windows baru ini seperti Microsoft Office 2016. Hal ini memerlukan untuk anda format laptop. Tapi pastikan laptop anda memenuhi spesifikasi sistem operasi yang baru bagi mengelakkan sebarang masalah selepas anda menformat.




Hubungi kami untuk format komputer/laptop: 



HP :       019-524 2137
Email :   mesradamai@gmail.com

Alamat : CC Kedai Payung, Selama, Perak



----- Buka 11.00 pagi hingga 7.00 petang ------

Thursday, May 5, 2016

PERKHIDMATAN DI MESRA DAMAI ENTERPRISE (MDE)


              

Membaiki komputer, laptop, printer dan telefon

-          Format komputer/laptop
-          Menambah ink printer
-          Menukar screen yang retak atau pecah

Menulis pelbagai dokumen/surat


-          Minit mesyuarat
-          Penyata kira-kira
-          Resume kerja
-          Surat permohonan kerja
-          Surat rasmi
-          Mencetak sebarang dokumen

Perkhidmatan Internet

-          Membantu mencetak penyata gaji
-          Membantu menguruskan sistem pernikahan
-          Membantu permohonan kerja SPA
-          Menonton Youtube
-          Permainan kanak-kanak

 Menjual peralatan komputer

-          Menjual komputer satu set (CPU, monitor, keyboard, mouse)
-          Menjual aksesori komputer seperti thumbdrive, mouse, kipas komputer, RAM, ink printer dan lain-lain lagi

Kelas Asas Komputer

-          Kelas asas komputer telah dimulakan dan dilancarkan pada bulan lepas iaitu bulan April dan setakat ini terdapat banyak pertanyaan berkenaan kelas asas ini. Untuk makluman harga dan senarai silibus yang diajar, sila semak semula entri-entri sebelum ini atau hubungi pihak MDE. Pihak MDE mengalu-alukan sebarang pertanyaan. Jangan malu-malu J



Telekomunikasi

-          MDE merupakan salah satu Dealer yang telah dilantik oleh XOX untuk menjual simkad dan perkhidmatan XOX seperti topup. Untuk melanggan One XOX, sila hubungi pihak MDE untuk sebarang pertanyaan.



Monday, April 18, 2016

Format PC & Laptop + Servis Antivirus

As-Salam


Untuk Warga Selama Atau Di Mana² Sahaja.. Jika Ada Sebarang Kerosakan Atau Sebarang 

Pertanyaan Mengenai Masalah Komputer Boleh Singgah Di 

- Kedai CC Payung Selama Perak -


Servis Untuk Membuang Virus Di Dalam Pendrive Adalah PERCUMA.. :-) 

Masalah Anda Akan Cuba Diselesaikan Dengan Secepat Mungkin..

Terima Kasih..

Call @ Whatsup 
012-577 1351019-524 2137

Friday, April 1, 2016

PROMOSI PENGENALAN KELAS ASAS KOMPUTER

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sempena pembukaan KELAS ASAS KOMPUTER di Mesra Damai Enterprise, Selama..pihak kami amat berbesar hati untuk memberikan harga promosi kepada pelajar yang berminat.

Harga normal untuk SEORANG   : RM 150.00/12 jam

Harga BERKUMPULAN            : RM 500.00 (mestilah empat (4) orang dalam satu kumpulan)
                                                  RM 125.00 / seorang / 12 jam


SENARAI MODUL LATIHAN

Assalamualaikum w.b.t


Untuk makluman dan sebagai rujukan, pihak kami ada menyediakan senarai silibus yang terlibat bagi program kelas komputer ini. Silibus ini dapat memberi gambaran secara langsung apa yang akan peserta dapat melalui program kami.




























Thursday, March 17, 2016

Ingin Meningkatkan Kemahiran Komputer ANDA?



Adakah anda merupakan lepasan SPM, sedang mencari kerja, atau anda seorang yang ingin meningkatkan kemahiran komputer anda untuk meningkatkan kerjaya atau sumber pendapatan?

Nak belajar sesuatu berkaitan komputer dan internet tetapi :

- membuat resume yang efektif

- membuat satu slide presentation yang menarik



Kelebihan Program di Kelas Asas Komputer dan Internet:

  • dijalankan secara jangka pendek


  • cara pengajaran adalah menggunakan konsep "personal coaching" dan hands-on. Satu sesi satu peserta sahaja dan disertakan dengan latihan praktikal


  • kadar yuran yang sangat berpatutan. Istimewa untuk masyarakat setempat


  • sijil penyertaan akan diberi selepas tamat kursus.

____________________________________________________________________



Untuk menempah waktu (tarikh) belajar, anda boleh berbincang dengan  menghubungi :


Zairi @ Paloh (Pengasas Mesra Damai Enterprise)  
019-524 2137 (Call / Whatsapp)



Untuk melihat senarai kursus yang dijalankan, sila klik pautan (link) berikut :





Kelas Komputer 2016


KELAS KOMPUTER MESRA DAMAI ENTERPRISE

Kelas Asas Komputer dan Internet ini adalah program yang dijalankan oleh Mesra Damai Enterprise yang dimiliki oleh Zairi bin Hj Zainun iaitu bekas pelajar lepasan Giatmara Selama,Perak.

Beliau mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang kepenggunaan komputer dan internet. Beliau juga mempunyai sebuah kedai servis komputer dan cyber café di pekan Selama dan telah beroperasi selama 6 tahun.

Program ini direka bagi memberi lebih pilihan dan kemudahan untuk masyarakat setempat mengetahui dan menguasai asas komputer dengan lebih CEPAT, lebih MURAH dan lebih SANTAI. 

Kursus ini dijalankan secara
 "personal coaching"
dan hands-on di mana peserta akan diajar secara praktikal. Jumlah peserta yang sedikit akan memudahkan soal jawab serta lebih penumpuan berbanding dengan kursus di dalam tempat yang besar dengan berpuluh orang peserta




Kenapa di sini lebih murah?

Pihak Mesra Damai mengambil inisiatif untuk menggunakan sementara kedai servis komputer sebagai kelas untuk para pelajar. Kemudahan infrastruktur sedia ada dapat mengurangkan kos operasi tetapi peserta dapat menikmati suasana yang santai dan selesa. Selain itu, memahami persekitaran yang serba kekurangan juga menyebabkan pihak penganjur tidak mengenakan harga yang mahal kepada peserta.




Ini peluang anda untuk meningkatkan kemahiran komputer anda:

  • Kursus dikendalikan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
  • Seorang pelajar sebuah komputer
  • Kaedah pembelajaran secara teori dan amali pada setiap tajuk.
  • Nota lengkap (manual pengguna) sebagai rujukan
  • Bilangan pelajar yang kurang bagi setiap kelas memudahkan guru memberi penumpuan kepada peserta kursus
  • Bilik selesa berhawa dingin dan berpermaidani
  • Sijil akan dikeluarkan selepas tamat kursus.
  • Pendaftaran awal untuk memudahkan pihak pengurusan menyusun jadual

Tuesday, March 15, 2016

Selamat Datang

Pengenalan

Mesra Damai Enterprise merupakan sebuah pusat komputer yang beroperasi di Selama, Perak dan sebagai penyedia alternatif perkhidmatan internet, membaiki computer, perkhidmatan grafik, telekomunikasi dan menjual hardware dan software.   

Atas dasar inisiatif pada tahun 2016 yang serba mencabar ini, pihak pengurusan telah mewujudkan satu program Kelas Asas Komputer dan Internet kepada masyarakat setempat.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu masyarakat setempat berkenaan komputer dan internet. Seterusnya, ilmu ini akan berguna dalam persediaan ke alam pekerjaan dan juga bakal membentuk seorang individu yang berkebolehan dalam komputer untuk perniagaan.


Latar Belakang MESRA DAMAI ENTERPRISE

Mesra Damai Enterprise ditubuhkan pada tahun 2010 dan masih beroperasi sehingga kini menggunakan lesen penyedia khidmat internet dan computer. Menggunakan motto “ Mesra Pelanggan”, kedai ini sentiasa dipenuhi oleh warga setempat untuk membuat pelbagai kerja seperti menggunakan internet, menulis pelbagai surat, mencetak, membaiki komputer dan juga telefon.