Thursday, March 17, 2016

Kelas Komputer 2016


KELAS KOMPUTER MESRA DAMAI ENTERPRISE

Kelas Asas Komputer dan Internet ini adalah program yang dijalankan oleh Mesra Damai Enterprise yang dimiliki oleh Zairi bin Hj Zainun iaitu bekas pelajar lepasan Giatmara Selama,Perak.

Beliau mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang kepenggunaan komputer dan internet. Beliau juga mempunyai sebuah kedai servis komputer dan cyber café di pekan Selama dan telah beroperasi selama 6 tahun.

Program ini direka bagi memberi lebih pilihan dan kemudahan untuk masyarakat setempat mengetahui dan menguasai asas komputer dengan lebih CEPAT, lebih MURAH dan lebih SANTAI. 

Kursus ini dijalankan secara
 "personal coaching"
dan hands-on di mana peserta akan diajar secara praktikal. Jumlah peserta yang sedikit akan memudahkan soal jawab serta lebih penumpuan berbanding dengan kursus di dalam tempat yang besar dengan berpuluh orang peserta




Kenapa di sini lebih murah?

Pihak Mesra Damai mengambil inisiatif untuk menggunakan sementara kedai servis komputer sebagai kelas untuk para pelajar. Kemudahan infrastruktur sedia ada dapat mengurangkan kos operasi tetapi peserta dapat menikmati suasana yang santai dan selesa. Selain itu, memahami persekitaran yang serba kekurangan juga menyebabkan pihak penganjur tidak mengenakan harga yang mahal kepada peserta.




Ini peluang anda untuk meningkatkan kemahiran komputer anda:

  • Kursus dikendalikan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
  • Seorang pelajar sebuah komputer
  • Kaedah pembelajaran secara teori dan amali pada setiap tajuk.
  • Nota lengkap (manual pengguna) sebagai rujukan
  • Bilangan pelajar yang kurang bagi setiap kelas memudahkan guru memberi penumpuan kepada peserta kursus
  • Bilik selesa berhawa dingin dan berpermaidani
  • Sijil akan dikeluarkan selepas tamat kursus.
  • Pendaftaran awal untuk memudahkan pihak pengurusan menyusun jadual

No comments:

Post a Comment