Thursday, March 17, 2016

Ingin Meningkatkan Kemahiran Komputer ANDA?



Adakah anda merupakan lepasan SPM, sedang mencari kerja, atau anda seorang yang ingin meningkatkan kemahiran komputer anda untuk meningkatkan kerjaya atau sumber pendapatan?

Nak belajar sesuatu berkaitan komputer dan internet tetapi :

- membuat resume yang efektif

- membuat satu slide presentation yang menarik



Kelebihan Program di Kelas Asas Komputer dan Internet:

  • dijalankan secara jangka pendek


  • cara pengajaran adalah menggunakan konsep "personal coaching" dan hands-on. Satu sesi satu peserta sahaja dan disertakan dengan latihan praktikal


  • kadar yuran yang sangat berpatutan. Istimewa untuk masyarakat setempat


  • sijil penyertaan akan diberi selepas tamat kursus.

____________________________________________________________________



Untuk menempah waktu (tarikh) belajar, anda boleh berbincang dengan  menghubungi :


Zairi @ Paloh (Pengasas Mesra Damai Enterprise)  
019-524 2137 (Call / Whatsapp)



Untuk melihat senarai kursus yang dijalankan, sila klik pautan (link) berikut :





Kelas Komputer 2016


KELAS KOMPUTER MESRA DAMAI ENTERPRISE

Kelas Asas Komputer dan Internet ini adalah program yang dijalankan oleh Mesra Damai Enterprise yang dimiliki oleh Zairi bin Hj Zainun iaitu bekas pelajar lepasan Giatmara Selama,Perak.

Beliau mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang kepenggunaan komputer dan internet. Beliau juga mempunyai sebuah kedai servis komputer dan cyber café di pekan Selama dan telah beroperasi selama 6 tahun.

Program ini direka bagi memberi lebih pilihan dan kemudahan untuk masyarakat setempat mengetahui dan menguasai asas komputer dengan lebih CEPAT, lebih MURAH dan lebih SANTAI. 

Kursus ini dijalankan secara
 "personal coaching"
dan hands-on di mana peserta akan diajar secara praktikal. Jumlah peserta yang sedikit akan memudahkan soal jawab serta lebih penumpuan berbanding dengan kursus di dalam tempat yang besar dengan berpuluh orang peserta




Kenapa di sini lebih murah?

Pihak Mesra Damai mengambil inisiatif untuk menggunakan sementara kedai servis komputer sebagai kelas untuk para pelajar. Kemudahan infrastruktur sedia ada dapat mengurangkan kos operasi tetapi peserta dapat menikmati suasana yang santai dan selesa. Selain itu, memahami persekitaran yang serba kekurangan juga menyebabkan pihak penganjur tidak mengenakan harga yang mahal kepada peserta.




Ini peluang anda untuk meningkatkan kemahiran komputer anda:

  • Kursus dikendalikan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
  • Seorang pelajar sebuah komputer
  • Kaedah pembelajaran secara teori dan amali pada setiap tajuk.
  • Nota lengkap (manual pengguna) sebagai rujukan
  • Bilangan pelajar yang kurang bagi setiap kelas memudahkan guru memberi penumpuan kepada peserta kursus
  • Bilik selesa berhawa dingin dan berpermaidani
  • Sijil akan dikeluarkan selepas tamat kursus.
  • Pendaftaran awal untuk memudahkan pihak pengurusan menyusun jadual

Tuesday, March 15, 2016

Selamat Datang

Pengenalan

Mesra Damai Enterprise merupakan sebuah pusat komputer yang beroperasi di Selama, Perak dan sebagai penyedia alternatif perkhidmatan internet, membaiki computer, perkhidmatan grafik, telekomunikasi dan menjual hardware dan software.   

Atas dasar inisiatif pada tahun 2016 yang serba mencabar ini, pihak pengurusan telah mewujudkan satu program Kelas Asas Komputer dan Internet kepada masyarakat setempat.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu masyarakat setempat berkenaan komputer dan internet. Seterusnya, ilmu ini akan berguna dalam persediaan ke alam pekerjaan dan juga bakal membentuk seorang individu yang berkebolehan dalam komputer untuk perniagaan.


Latar Belakang MESRA DAMAI ENTERPRISE

Mesra Damai Enterprise ditubuhkan pada tahun 2010 dan masih beroperasi sehingga kini menggunakan lesen penyedia khidmat internet dan computer. Menggunakan motto “ Mesra Pelanggan”, kedai ini sentiasa dipenuhi oleh warga setempat untuk membuat pelbagai kerja seperti menggunakan internet, menulis pelbagai surat, mencetak, membaiki komputer dan juga telefon.